24
Apr

  • Admin

Rumah Terbakar Hangus: Pengusaha Mustaqim Penerima Pertama infaqDPIM

Description

Tanggal 1 April, 2022 lebih kurang pukul 8.00 malam adalah hari yang amat mencabar dalam hidup Mustaqim Yusof - apabila menerima panggilan dari jiran rumahnya yang memberitahu rumah sewa beliau telah terbakar. Bergegas beliau pulang ke rumahnya dan mendapati api sedang marak di dalam rumah. Beliau dan beberapa orang jiran beliau cuba memadamkan api yang sedang marak tersebut, namun segala usaha meraka memadamkan api gagal. Tiada apa yang mampu mereka lakukan. Pihak Bomba tiba beberapa minit kemudian - dan api pun berjaya dipadamkan. Namun, tiada apa yang dapat diselamatkan. 

Beliau tabah dengan ujian yang besar ini, tambahan beberapa hari saja lagi bulan mulia Ramadhan akan tiba. Segala persediaan hilang sekelip mata saja. Beliau akur - namun beliau akan tetap terus melangkah demi hari hari yang mendatang. Beliau faham, beliau mempunyai keluarga yang perlu ditanggung. Dengan ini pihak DPIM Putrajaya melalui infaqDPIM mengambil inisiatif untuk menyalurkan Bantuan One-Off (B2O) kepada beliau. Kami berdoa agar Mustaqim dan keluarga terus sabar, tabah dan jangan berhenti berusaha untuk terus bangkit membina kembali kehidupan beliau. Pihak infaqDPIM akan memantau dari masa ke semasa perkembangan beliau.

Ini adalah Bantuan One-Off (B2O) pertama infaqDPIM salurkan. Kami berharap semua pihak agar dapat terus berinfaq dengan infaqDPIM untuk kami terus membantu usahawan-usahawan lain yang dalam kesusahan atau pun memerlukan bantuan samada melalui Bantuan One-Off (B2O) atau pun melalui Bantuan Pemasaran Digital (BPD) untuk kami bantu usahawan menjadi mahir dalam bidang pemasaran online.

Sehingga berjumpa lagi.

Images