24
Apr

  • Admin

Penyampaian infaqDPIM ke-2 kepada Usahawan OKU Kamal Bahrain di Kg Bahagia, Bangi

Description

Saudara Kamal Bahrain bin Osman - seorang OKU dan usahawan yang lumpuh kedua-dua belah kakinya menjadi penerima ke-2 infaqDPIM. Beliau adalah seorang usahawan OKU yang menjual rendang sejukbeku (frozen) daripada jenis daging, ayam dan limpa. Beliau menerima bantuan peralatan membuat rendang daripada pihak MARA dan juga Lembaga Zakat Selangor (LZS). Walaupun keadaan beliau yang telah lumpuh kakinya sejak tiga (3) tahun yang lalu tetap meneruskan kehidupan walaupun diduga dengan dugaan yang amat besar ini. Beliau tetap meneruskan usaha walaupun susah mana pun mata memandang.. namun berat lagi bahu pemikulnya. Beliau yang masih mempunyai anak kecil yang masih bersekolah - akur dengan ujian ini. Beliau berasa bersyukur kerana banyak pihak membantu beliau dan keluarga beliau. Tambahan dengan bantuan dari pihak DPIM Putrajaya melalui infaqDPIM ini paling tidak dapat mengurangkan beban beliau. 

Kamal Bahrain merupakan ahli DPIM Putrajaya sejak awal lagi. Jadi dengan kehadiran kami dari pihak infaqDPIM membuat beliau berasa gembira dapat berjumpa kembali dengan ahli-ahli DPIM Putrajaya. Ini kerana beliau tidak dapat lagi aktif bersama DPIM Putrajaya kerana masalah kesihatannya.

Dengan ini pihak infaqDPIM menyeru agar semua pihak termasuk ahli-ahli DPIM di seluruh Malaysia & juga ahli ahli pernigaan yang lain dapat menyumbang ke dalam tabung infaqDPIM agar kami dapat membantu lagi usahawan-usahwan yang lain di luar sana. Kami amat menghargai sumbangan anda semua. Semoga usaha infaqDPIM ini dapat membantu pengusaha-pengusaha di Malaysia.

http://www.infaqDPIM.com

Images